Syisya;
satu kajian
Gabungan
pena:
Amli
bin Asenar
Dar
al-Ifta’ al-Misriyyah
Nik
Abdullah Afif bin Nik Mohamed
Kuliah
Perubatan Universiti Ain Shams
Mohd
Nurul Hisyam Mohamed
Kuliah
al-Quran Tanta Universiti al-Azhar
Etymology (asal-usul perkataan)
Syisya
(juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain) adalah sejenis alat yang
digunakan untuk mengeluarkan asap (smoking) menggunakan penuras air dan
haba tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti
herba buah, tembakau, dan ganja.
Syisya
turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela,
nargile, narghile, nargileh, argeela, arghileh, shisha, sheesha, okka, kalyan,
atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini
berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi.
Narghile (نارجيله) berasal dari perkataan Parsi ‘nargil’
bermakna kelapa dan dalam bahasa sanskrit; paip yang asal, datang dari India
dan diperbuat daripada kulit kelapa.
Manakala
syisya ( شيشة )pula berasal dari perkataan Parsi
(maknanya gelas, bukan botol). Hashish(( حشيش pula adalah perkataan arab yang membawa
makna ‘rumput’, yang diistilahkan sebagai satu panggilan kepada tembakau.
Terdapat
sumber lain menyatakan, dalam teks awal Arab, perkataan ‘hashish’ tidak hanya
merujuk kepada cannabis resin (damar ganja) tetapi juga
bermakna daun kering atau bunga dan manisan yang dicampur dengannya.
Hookah
(Arab = حقة,
Urdu = حقه )
pula pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bererti kotak kecil, pasu ataupun
jag. Perkataan narghile banyak digunakan di Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan,
Greece, Cyprus, Albania, Palestine, Israel dan Romania. Namun kita akan dapati
huruf pertama ‘n’ dalam perkataan narghile selalunya tidak dibunyikan di
negara-negara Arab. Seterusnya syisya pula lebih diguna pakai di Egypt,
Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai ghalyoun
atau qalyan ( قليان
) dan di Pakistan juga India ia dipanggil
‘huqqa’. Walaubagaimanapun, perkataan hookah lebih banyak digunakan dalam
Bahasa Inggeris memandangkan India sebagai negara asal aktiviti ini mempunyai
ramai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris.
Bentuk
dan Fungsi
Terdapat empat
komponen syisya yang asas :
<!–[if
!supportLists]–>1) <!–[endif]–>Ruang
asap : separuh ruangnya diisi dangan air.
<!–[if
!supportLists]–>2) <!–[endif]–>Mangkuk
atau kepala : mengandungi tembakau, alat yang digunakan untuk memanas, diletak
di bahagian atas.
<!–[if
!supportLists]–>3) <!–[endif]–>Paip
dasar : menghubungkan mangkuk ke dasar
<!–[if
!supportLists]–>4) <!–[endif]–>Paip
: menghubungkan mangkuk ke dasar
Bahagian-bahagian
asas ini tidak mempunyai fungsi yang bervariasi, namun mungkin terdapat
perbezaan dari segi bentuk, seperti alat pemanas yang digunakan untuk membakar.
Bahan yang selalu digunakan adalah arang, tetapi di Arab Saudi dan negara Teluk
Parsi, pemanas elektrik adalah lebih popular.
Apabila
seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza akan memaksa udara
dalam ruang asap arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap. Asap itu
kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam
air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asap.
Seterusnya ditarik melalui paip penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau
yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal)
diperbuat daripada siatan tembakau dan dicampur dengan pemanis seperti madu dan
halwa atau buah separuh kering.
Pada
asalnya tembakau yang dicampur dengan bahan pemanis tadi adalah untuk
membentuk jurak; sejenis lembapan tembakau yang tidak berasa.
Perasa tembakau buah yang popular pada hari ini bermula pada akhir 1980,
apabila syarikat tembakau Mesir mencubanya sebagai satu cara untuk menjual
produk mereka kepada golongan wanita. Pembuatan kontemporari pula telah mula
menggunakan gliserin (sejenis cecair likat dan manis yang digunakan dalam
perubatan) sebagai bahan utama pemanis memandangkan faktor kualiti pelembap dan
pemanis, menjadikan tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.
Pada
hari ini tembakau syisya boleh didapati dalam perisa buah, ekstrat bahan
neutral, dan perasa-perasa yang dibenarkan. Antara perisa tersebut: epal,
strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa, cherry, anggur,
pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai,
oren, dan banyak lagi.
Keluasan
Aktiviti
Aktiviti
menghisap syisya pada hari ini boleh didapati tidak hanya di negara-negara Arab
dan Timur Tengah, bahkan ia telah pun sampai ke Eropah, Asia, dan negara
Afrika. Di Amerika terdapat ‘bar’ yang khusus menyediakan khidmat syisya ini.
Kebanyakannya adalah berdekatan dengan kampus dan kolej-kolej pengajian.
Aktiviti ini begitu popular di kalangan pelajar kolej muslim yang mencari
alternatif lain untuk tidak minum arak. Di Sepanyol, aktiviti ini menjadi
semakin popular. Syisya dan hookah ini boleh didapati di kedai-kedai kopi yang
diusahakan oleh imigran muslim. Di Moscow dan bandar-bandar di Russia, khidmat
ini tedapat di bar-bar yang menyediakan bahagian khas untuknya.
Jarang
sekali dapat ditemui khidmat ini di restoren India di Britain. Ia banyak
diusahakan oleh restoran Lubnan dan bar Mesir di sana.
Manakala
di Jerman pula, aktiviti ini secara khususnya di Berlin, boleh didapati di
kawasan-kawasan yang populasi penduduknya berasal dari Turki. Selain itu,
Pakistan dan Afghanistan, dua negara Asia ini juga tidak terlepas dari terkena
bahang hookah dan syisya. Di sini kita boleh lihat anak-anak muda boleh
menghisap syisya secara meluas. Malaysia juga telah memperlihatkan peningkatan
dalam penggunaan syisya dan kafe-kafe yang menyediakan perkhidmatan paip
syisya.*
Dari
sudut kesihatan
Apakah
kandungannya?
1. Tembakau
2. Sirap pekat dari buah-buahan
3. Arang
Adakah
sama dengan rokok? Jika tidak, apa bezanya?
Kandungan asas bagi
rokok dan sheesha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan sheesha ialah
pada cara penyediaan(rawatan). Tembakau yg digunakan untuk rokok diasapkan
terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk sheesha diperam.
Apakah
ia memberi kesan negatif kepada tubuh?
Soalan ini sudah diketahui umum jawapannya. Sesetengah jenis
tembakau mempunyai kandungan nitrat serendah 0.9%(Neurath & Ehmke, 1964;
Wynder & Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan dari pembakaran menghasilkan
nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain kandungan
menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti contoh N-nitrosodimethylamine,
N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens (bahan yang menyebabkan
kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini dapat menerangkan mengapa perokok
(rokok, sheesha dll) mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah.
Selain dari barah, perokok juga berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit-penyakit seperti sakit jantung, asthma,darah tinggi, katarak,sakit
paru-paru, penyakit gusi dan 1001 penyakit lagi. Bagi lelaki, merokok dapat
menjurus kearah kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi.
Apakah simptomnya?
Secara ringkas perokok akan mengalami sesak nafas, mudah letih,
berdebar-debar dan banyak lagi.
Adakah ia memberi kesan kepada psikofisiologi
Nikotin adalah sejenis perangsang sistem saraf yang digunakan
secara meluas, kedua paling banyak digunakan selepas caffeine- kandungan dalam
kopi. Dan kedua paling banyak disalahgunakan selepas alkohol.
Adakah kandungan syisya digunakan dalah perubatan?
Kandungan aktif tembakau- nikotin tidak digunakan di dalam
perubatan kecuali dalam terapi bagi perokok untuk berhenti merokok.
Sesuaikah ia menjadi alternatif rokok?
Tidak. Cara terbaik untuk menggantikan rokok ialah tidak merokok.
Kesan
negatif terhadap tubuh
Sebagaimana yang
telah diterangkan, tembakau mengandungi nikotin. Nikotin ialah sejenis bahan
yang boleh menyebabkan ketagihan (seperti heroin dan kokain). Ini dapat
dibuktikan dengan 3 bukti kukuh:
<!–[if
!supportLists]–>· <!–[endif]–>bila
ia diambil dalam amaun yang sedikit, ia memberi rasa yang menyenangkan dan
menyebabkan perokok mahu merokok lagi
<!–[if
!supportLists]–>· <!–[endif]–>lama
kelamaan perokok akan menjadi ketagihan dan bergantung kepada nikotin dan
mengalami simptom (withdrawal symptom) seperti resah apabila tidak dapat
merokok, sakit kepala, susah tidur
<!–[if
!supportLists]–>· <!–[endif]–>disebabkan
nikotin adalah sejenis dadah kepada sistem saraf, ia akan menjejaskan mood
perokok
Dalam dos yang besar,
nikotin adalah racun yang membunuh seseorang dengan menghentikan otot
pernafasan. Bezanya, perokok biasanya mengambil nikotin dalam amaun yang
sedikit dan tubuh masih mampu menyahkan nikotin dari tubuh.
Nikotin membuatkan
seseorang yang baru mula merokok atau perokok yang merokok terlalu banyak
menjadi loya dan pening. Degupan jantung bagi perokok yang muda akan meningkat
sebanyak 2-3 degupan per minit. Nikotin juga menjadikan kulit menjadi sejuk dan
mengurangkan pengaliran darah ke kaki. Ia juga dapat meningkatkan risiko sakit
jantung dan strok. Nikotin ialah sejenis dadah yang menjadikan salur darah
mengecut. Kebanyakan pakar bedah tidak mahu membedah pesakit yang mempunyai
masalah pada salur darah periferi kecuali mereka berhenti merokok.
Pembakaran tembakau
juga menghasilkan gas beracun seperti nitrogen oksida dan karbon monoksida.
Bagaimana
kesan sheesha atau rokok kepada paru-paru?
Kerosakan paru-paru
adalah antara perkara yang mula-mula terjadi kepada perokok, dan kesemua
paru-paru perokok berfungsi dengan kurang baik berbanding orang yang tidak
merokok. Merokok dapat menyebabkan beberapa penyakit paru-paru sebagai
penambahan kepada kanser paru-paru. Radang paru-paru kronik– satu penyakit di
mana salur udara menghasilkan mucus (kahak) yang berlebihan, menyebabkan
perokok batuk lebih kerap – perkara yang biasa terjadi kepada perokok.
Merokok,
tidak kira sheesha atau rokok biasa adalah sebab utama sejenis penyakit yang
dinamakan emphysema – sejenis penyakit yang secara perlahan-lahan
memusnahkan kebolehan seseorang untuk bernafas. Oksigen perlu melalui permukaan
dalam paru-paru yang luas. Secara normal, terdapat beribu-ribu ‘pundi’ atau
‘kantung’ dalam paru-paru seseorang. Dalam pesakit yang menghidapi emphysema,
‘kantung’ ini akan bersatu – menjadikan kantung itu semakin besar, tetapi
mungurangkan bilangan ‘kantung’ yang ada. Lama kelamaan luas permukaan dalam
paru-paru menjadi semakin kecil dan menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap semasa
bernafas.
Simpton awal
emphysema ialah sukar bernafas (terutamanya bila berbaring), batuk ringan yang
kronik, cepat berasa letih, dan turun berat badan bagi sesetengah orang.
Seseorang yang menghidap emphysema mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat
pelbagai komplikasi, kesan dari paru-paru yang gagal berfungsi dengan baik.
Sebagai contoh – Pneumonia. Lama kelamaan, pesakit yang mendapat emphysema
perlu bernafas menggunakan tiub yang dipasang pada hidung. Proses ini tidak
dapat diubati kembali kepada normal, tetapi dapat diperlahankan
dengan berhenti merokok. Berhentilah merokok dari sekarang.
Bagi mereka yang
menghisap sheesha dirumah, merokok dapat memberi kesan kepada isteri dan
anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak yang tidak merokok secara terus dikenali
sebagai perokok pasif. Kesan asap sheesha atau rokok ini amat berbahaya kepada
wanita terutamanya wanita mengandung. Kesan asap rokok terhadap wanita
mengandung dapat menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan, bayi tidak
cukup berat dan sindrom kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
Bila wanita
mengandung terdedah kepada asap rokok, bahaya ini bukan sahaja kepada si ibu,
bahkan memberi kesan kepada bayi. Nikotin dan karbon monoksida masuk ke dalam
darah si ibu, memberi kesan secara terus kepada bayi, menghalang bayi dari
mendapat zat dan oksigen yang mencukupi yang diperlukan dalam proses
pembesaran.
Susu badan ibu adalah
pilihan terbaik untuk bayi. Namun bagi wanita yang menyusukan bayi, yang
terdedah kepada asap rokok, susu badan yang dihasilkan oleh mereka turut
mengandungi racun. Nikotin dalam susu badan ibu boleh menyebabkan pelbagai
simptom kepada bayi seperti gelisah, degupan jantung yang laju, muntah, atau
cirit birit.
Sheesha
dapat memberi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Antara kesan jangkamasa panjang, merokok
adalah punca utama bagi penyakit-pemyakit seperti: Jantung, aneurysms,
emphysema, radang paru-paru, strok, menjadikan asthma dan pneumonia lebih
teruk. Kesan jangkamasa pendek pula ialah kegagalan paru-paru untuk berfungsi
dengan baik. Maka dapat diperhatikan perokok sering menghadapi masalah semput,
batuk dan mudah letih bila melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, juga dapat
diperhatikan dari perokok, mereka mengalami masalah-masalah lain seperti kurang
deria rasa dan bau, kulit berkedut pada usia muda, nafas berbau, gigi kuning,
dan yang paling penting bagi lelaki, dapat menyebabkan kemandulan dan kegagalan
alat kelamin untuk berfungsi dengan baik.
Ada
yang mengatakan sheesha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya
berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam
sheesha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap
sheesha. Sheesha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan
seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan
dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa
yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan
merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap sheesha dikedai kopi,
perkongsian paip sheesha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka
akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi sheesha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Apabila saya ditanya oleh murid saya tentang syisya
saya agak terpinga-pinga. Maklumlah saya bukan jenis merokok dan menyedut
benda-benda pelik ni. Rupa-rupanya "Hogah". "Syisya"
rupa-rupanya "Hogah". Darat juga ambo nih... Bila
saya cari dalam carian google, banyak sudah orang bicara pasal syisya atau
hogah ni. Kliklah dekat link atas tu untuk tahu serba sedikit pasal benda ni.
Menurut sahabat
saya yang bekerja dekat MPKB , yang saya petik dari laman
facebooknya; di Kota Bharu sudah ada dikuatkuasakan larangan terhadap syisya
ini . Beliau menulis bahawa MPKB-BRI akhir2 ini sedang giat mengambil
tindakan merampas perniagaan Syisya di premis2 di dalam kawasan Kota Bharu
kerana perniagaan ini tidak dibenarkan oleh MPKB dibawah Undang2 Kecil MPKB
Tred Perniagaan Dan Perindustrian 3u(1). Bagaimana bandar-bandar lain, ada
buat tindakkan yang sama ke?
Setelah saya membaca beberapa artikel di laman blog, buat tambah maklumat diri
sendiri, saya dapati gejala menghidup syisya ini mendatang kesan buruk kepada
penggunanya yang boleh mendatangkan ketagihan seperti rokok juga. Bahkan
wabaknya sama atau lebih teruk daripada rokok lagi.
Jangan Memudharatkan Diri Sendiri Dan Orang Lain
Kalau mengikut kaedah usul fiqh maka saya tidak syak lagi syisya ini termasuk
dalam perkara yang memudharatkan diri dan menjadi satu batu loncatan kepada
merebaknya bentuk-bentuk ketagihan yang telah sedia ada seperi rokok, dadah dan
sebagainya. Di dalam al-Quran jelas menyatakan bahawa " Dan dia (Muhamad)
yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang
buruk bagi mereka."
(al-A'raf: 157).
Jadi syisya ini termasuk dalam perkara yang diharamkan kerana kesannya yang
buruk kepada diri penyedutnya dan orang lain juga. Kesan-kesan kepada orang
yang menggunanya bergantung kepada bahan yang digunakan oleh penggunanya.
Apabila saya semak kepada bahan-bahan yang diutarakan dalam beberapa tulisan,
saya yakin dalam situasi masyarakat hari ini yang telah ramai terperangkap
dalam gejala dadah, rokok dan pelbagai bahan mengkhayalkan, tidak mustahil
mereka tidak hanya menyedut sirap pekat dari buah-buahan bahkan
menggunakantembakau dan arang . Bahkan ianya berkembang
menjadikan tembakau yang diperam itu di"ibda'kan dengan pelbagai perisa
buah-buahan seperti epal, strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa,
cherry, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan,
tembikai, oren, dan banyak lagi. Begitu bervariasi sekali.
Maka kalau kita bercakap pasal hukum, saya berpendapat bahawa ianya haram;
bukan makruh.
Suara Nakal
Ada suara-suara nakal seperti ini; "kita xleh nk haramkn 100% shisha
& rokok ni sbb klu tak bleh isap shisha & rokok, agk2 dmo ni akn isap
gpo???" Dadah ko.. Ganja..ko sebagai gantinya". Dari persoalan
itu sudah jelas bahawa akan ada jalan yang lebih rosak daripada keseronokan
sahaja. Ianya akan merebak kepada jalan yang lebih buruk. Jadi sudah nampak di
situ kesan negatif yang timbul. Kepada mereka yang kasihan kepada mereka yang
merokok dan syisya ini perlu melihat kepada kaedah " Saddu Zaraa'i "
; jalan-jalan pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawatnya.
Pesanan Kepada Murid-MuridKu...
Jangan cuba-cuba dekati kepada syisya ini. Alam sekitar kita telah sesak dengan
pelbagai pencemaran, usah ditambahkan lagi dengan pencemaran pandangan yang
menyakitkan mata bila kian ramai menggunakan syisya ini. Masalah yang telah
sedia ada tidak dapat dibenteras, ditambahkan lagi dengan gejala seperti ini.
"Cintailah Alam Sekitar Kita!!!"
Sudah ustaz jelaskan keadaannya. Hindarilah ia, Jauhilah Ia. Wallahu A'lam.
Adakah
dengan berhenti merokok dapat membantu anda? Ya. Dan ia masih belum terlambat. Kesan-kesan
berhenti merokok:
·
20
minit selepas berhenti: kadar degupan jantung dan tekanan darah turun kembali.
(“Effect of Smoking on Arterial Stiffness and Pulse Pressure Amplification”,
Mahmud, A, Feely, J. 2003. Hypertension:41:183.)
·
12
jam selepas berhenti : kadar karbon monoksida dalam darah turun ke paras
normal. (US Surgeon General’s Report, 1988, p. 202)
·
2
minggu ke 3 bulan selepas berhenti : kitaran darah dan fungsi paru-paru
meningkat. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp.193, 194,196, 285, 323)
·
1
hingga 9 bulan selepas berhenti : batuk dan semput berkurangan; cilia (struktur
seperti rambut halus dalam salur pernafasan yang menolak kahak keluar dari
paru-paru) kembali berfungsi secara normal, meningkatkan keupayaan untuk mengawal
kahak, membersihkan paru-paru, dan mengurangkan risiko jangkitan pada
paru-paru. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. 285-287, 304)
·
1
tahun selepas berhenti : risiko sakit jantung separuh berbanding mereka yang
masih merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
·
5
tahun selepas berhenti : risiko mendapat strok berkurang kepada kadar yg sama
seperti mereka yg tidak merokok selepas 5 hingga 15 tahun berhenti merokok. (US
Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
·
10
tahun selepas berhenti : kadar kematian akibat kanser paru² berkurang kepada
separuh berbanding mereka yg masih lagi merokok. Risiko kanser mulut, tekak,
esofagus, pundi, serviks dan pancreas menurun. (US Surgeon General’s Report,
1990, pp. vi, 131, 148, 152, 155, 164,166)
·
15
tahun selepas berhenti : risiko seseorang itu mendapat sakit jantung sama
seperti mereka yang tidak merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
Terdapat juga kesan
yang dapat dilihat dan kesan segera. Berhenti merokok membantu menghentikan
kesan tembakau ke atas penampilan kita termasuk:
·
Kedutan
kulit pada usia muda
·
Nafas
berbau
·
Gigi
kuning
·
Penyakit
gusi
·
Rambut
dan pakaian berbau
·
Kuning
pada kuku
Dengan membuang
tabiat merokok, anda dapat melihat kesan ketara dalam hidup anda seharian :
·
Makanan
dirasakan lebih enak
·
Deria
bau kembali kepada normal
·
Aktiviti
seharian tidak lagi menyebabkan anda semput (seperti contoh, naik tangga, atau
kerja ringan di rumah)
Terdapat
mitos mengatakan bahawa menghisap sheesha dapat menjadikan suara lebih merdu. Ini tidak benar sama sekali. Kebanyakan
penyakit pita suara berpunca dari merokok. Selain dari kanser, merokok dapat
menyebabkan pita suara membengkak. Bengkak pada pita suara ini dikenali sebagai
Reinke’s oedema. Ia juga dapat menyebabkan tompokan putih pada pita suara
(leukoplakia). Suara menjadi garau, serak, dan pastinya tidak merdu.
Sheesha ; Suatu Pengenalan Hukum
Pengamalan merokok
oleh masyarakat dunia hari ini bukanlah lagi suatu perkara yang baru seperti
mana ketika ia mula-mula diperkenalkan di penghujung kurun ke 10. Budaya
menghisap asap ini telah dipelbagaikan dengan aneka bentuk dan cara bagi
memenuhi citarasa golongan penghisap asap ini. Antara bentuk yang
tidak asing lagi adalah dengan menggulung. Bentuk lain lagi adalah dengan
menggunakan paip penyedut bersama dengan makanisma air yang dikenali dengan
Sheesha atau Narjilah dalam masyarakat Arab. Di sesetengah negara lain terkenal
dengan penggunaan ‘pipe’ dan curut.
Apapun bentuk dan
cara yang diperkenal dan diamalkan oleh golongan merokok ini namun perbahasan
kepada hukum perbuatan ini bukanlah kepada bentuknya tetapi kepada kesannya.
Oleh itu kita mendapati bahawa perbuatan menghisap sheesha seolah-olahtidak
sama dengan perbuatan menghisap rokok gulung yang biasa kedapatan. Lantaran kemungkinan
ada yang menyangka bahawa tidak ada masalah menghisap sheesha tersebut.
Perlulah diketahui
bahawa sheesha ini sudah menjadi pengamalan dan budaya yang tidak baik bagi
masyarakat di Mesir yang sukar dikikis. Budaya ini menjalar dan membiak dengan
subur dengan pembukaan terlalu banyak kedai-kedai kopi yang menyediakan
perkhidmatan menghisap sheesha ini kepada pelanggan. Tidak cukup dengan kedai
kopi, kegiatan menghisap sheesha ini diamalkan di rumah-rumah oleh si suami
yang menghisap di hadapan ahli keluarga mereka tanpa memikirkan kesan baik dan
buruknya.
Oleh
itu, apakah hukum menghisap sheesha ini?
Hukum menghisap
sheesha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan oleh para
ulama’ secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana perbezaan
hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan hukum yang
sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan pada hari ini.
Kajian yang telah
dibuat berkenaan sheesha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web
Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan sheesha membawa kemudaratan
kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan
bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu.
Selain itu banyak
kajian telah dilakukan seperti kajian yang telah dilakukan di Kuliah Pergigian
di Universiti Al Azhar, kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah Kesihatan di
Universiti Amerika di Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan oleh pengamalan
sheesha ini juga diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud Ketua Bahagian Sakit
Dada di Perubatan Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan
Ain Syams dan Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain.
Setelah jelas bahawa
kedudukan menghisap sheesha adalah sama dengan merokok secara menggulung yang
telah menjadi kebiasaan maka hukum sheesha ini adalah sama dengan hukum
golongan perokok biasa.
Perbahasan merokok
telah diketahui umum bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’.
Pendapat yang diterima oleh Dr. Yusuf Qaradawi di dalam fatwanya adalah haram
hukumnya dan Bekas Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farid juga telah mewartakan
bahawa hukum menghisap rokok ini adalah haram. Fatwa ini telah ditampal di
semua masjid dan tempat diseluruh Mesir dan telah diketahui umum akan perkara
ini. Fatwa ini juga telah disokong oleh Mufti selepas itu seperti Dr. Ahmad
Toyyib dan Mufti hari ini Dr. Ali Jum’ah. Pandangan mengatakan bahawa menghisap
rokok itu haram adalah pandangan yang amat kuat berdasarkan dalil, kajian
perubatan kesihatan hari ini dan kemudaratan lain seperti harta dan sebagainya.
Adakah
sewajarnya kita masih berkhilaf?
Dr. Yusuf Qaradawi
menyatakan bahawa khilaf di kalangan ulama’ dalam masalah rokok ini pada suatu
ketika dahulu adalah kerana tiada kajian yang kukuh kepada akibat merokok ini.
Tambah beliau lagi jika ulama’ dahulu mendapati kajian yang
kukuh berkenaan ‘darar’ atau mudarat yang ada sudah pasti mereka
tidak khilaf dalam masalah ini.
Beliau berkata :
”
Dalam zaman kita hari ini, para ulama’ sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana
hukum yang dikeluarkan seorang faqih adalah berdasarkan kepada pandangan
doktor. Jika doktor mendapati merokok ini membahayakan manusia maka seorang
faqih semestinya mengatakan ianya haram kerana apa yang memudaratkan kesihatan
manusia semestinya diharamkan oleh syara’”.
Dengan ini jelaslah
bagi kita bahawa perbuatan merokok ini dengan apa bentuk dan caranya mesti
ditolak oleh seorang muslim kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia dan hanya mendatangkan
kemudaratan kepada agama, diri, akal, keturunan dan harta.
Berkenaan dengan alat
Sheesha yang beraneka bentuk dan warna yang dijual hari ini jika ada yang hanya
hendak membeli sekadar dijadikan perhiasan maka sewajarnya juga dihindarkan
kerana alat seperti sheesha ini bukanlah sesuatu yang dijadikan perhiasan dan
menyimpannya adalah sia-sia. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah :
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى
الله عليه و سلم قال : من حسن إسلام المرء تركه ما
لا يعنيه
رواه الترميذى وغيره
Maksudnya : ”
Daripada kebaikan Islam seseorang itu dia meninggalkan perkara yang tidak ada
kaitan dengan dirinya sebagai seorang muslim daripada perkataannya dan
perbuatannya”.
Berdasarkan kepada perkara di atas,
pengamalan merokok mesti dibenteras agar tidak terus melalaikan generasi Islam
yang ada pada hari ini dan yang akan datang. Merokok ini merupakan senjata
halus yang memakan diri secara perlahan-lahan yang akhirnya melumpuhkan
jatidiri dan pembinaan peribadi seorang muslim yang sepatutnya. Umat
Islam sewajarnya menumpukan diri kepada kerja amal Islami yang terlalu banyak
pada hari ini. Para ulama’ hari ini tidak sewajarnya lagi berkhilaf pada hukum
merokok sekadar menurut pendapat ulama’ terdahulu yang khilaf dalam perkara ini
tetapi lebih melihat kepada kesannya kepada umat Islam pada hari ini
berdasarkan dalil dan kajian-kajian terbaru yang ada. J