Monday, August 19, 2013

TERKINI.. HOSNI MUBARAK DIHUKUM PENJARA SAMPAI MATI!! .... TAPI



Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.

Berita terbaru yang dikeluarkan Sinar Harian turut menjelaskan, 2 anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.





Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.

Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.

Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.



TAPI........

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini dibebaskan dari tuduhan bunuh yang dikenakan terhadapnya selepas hakim memutuskan beliau tidak bersalah.

Hosni tiba di mahkamah Kaherah hari ini bagi membuat rayuan bagi melepaskannya dari tahanan.

Hakim bagaimanapun mengumumkan pembebasan Hosni masih belum selesai kerana masih ada caj lain dikenakan terhadapnya.

Rayuan itu dikemukakan oleh peguam Hosni di Mahkamah Rayuan Kaherah dengan mengatakan 84 tahun tahanan yang dikenakan terhadap bekas presiden itu melebihi had maksimum.

Hosni  menghadapi perbicaraan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan penunjuk perasaan satu ketika dahulu.

Beliau kini berada di sebuah hospital tentera Kaherah kerana menghadapi masalah jantung, tekanan darah tinggi, kemurungan dan patah tulang rusuk.

Januari lalu, mahkamah mengarahkan perbicaraan semula bagi Hosni selepas menerima rayuan penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap bekas presiden itu.

No comments:

Post a Comment